Pages

6/10/2010

Kenali Si Kecil Molek

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara ,
alhamdulillah sebagai kalimah syukur .
Pada hari ini , dapat juga blog Coretan Si Kecil Molek ini dilahirkan ;))

Buat datuk2, nenek2, pacek2 dan macek2 yang dikasihi, moga awak2 semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendakNya. Terima kasih kepada awak2 kerana sudi datang bertenggek seketika di blog SKM yang tidak seberapa ini ;)) Tujuan SKM mengepost entry pada waktu masa ketika ini adalah kerana hendak mengenalkan diri SKM yang tidak dikenali ini ;)) Ehh2, siapa itu SKM? Nak kenal tak? Tak nak tidak mengapa laa. Hehe ;))



tadaaaaa !!!~



Ini lah SKM !! Nama sebenar SKM ialah Wan Ainul Mardhiah. Pada tahun 2010 ni, SKM baru je berusia 5 tahun. Masih muda kan? Hehe. SKM suka sangat menyanyi, bercakap, makan coklat dan aiskrim. Sebab tu la pagar* SKM tak berapa teguh dan utuh. Hehe. Shhh2, SKM tak boleh cakap pagar tu apa, nanti malu laaa ;))

SKM sayang ibu, ayah, angah dannn adam! Haha. Kalau awak2 nak tahu, SKM ni anak sulung. Oleh demikian, salah 1 sikap paling utama yang ada pada diri SKM ini ialah tegas. SKM pantang tengok adik2 SKM buat silap sikit, cepat saje tangan SKM ni mencari lemak2 untuk dicubit. Hehe. Tapi takpe la kan, SKM buat semua tu untuk kebaikan diorang jugak. Takde benci2 oke. SKM sayang dan CINTA semua adik2 SKM. Cinta sampai mati ye hadirin2 sekalian ;))

Ohh ye, sampai di sini dulu laa SKM tekan2 keyboard ni. Dah letih sangat dah tangan ni duk menaip. Emmmm, SKM nak nyanyi la kejap ye awak2. Satuu, Duaa, Tigaaaa ! Baby, baby, babyy~ ( ala2 Justin Bieber gituuu ) Ekeke..



Chop69 !!~





Ada pulak penyibuk kat sini, hehe. Act, SKM ni ada la seorang pembantu yang tidak sangat terkenal tuu. Kate nye pembantu SKM ni, die nak jugak dikenali. ngeh3. Dah susah2 tolong SKM buat blog, tapi takde diberi penghargaan. Kesian la pulak kat dia SKM tengok ;))

Tapi kan3, mana la boleh dia muncul dalam entry yang pertama Coretan SKM ni, tidak molek di pandangg gitu. Ekeke. Tunggu dulu la ye pembantu SKM di belakang tuu. Semoga kita bersua lagii dalam Coretannn.. Si Kecil Molekkk !!

Jangan lupa ye datuk2 dan datin2 semua. Sila datang bertenggek lagi di blog SKM.

Assalamualaikum ;))